UMNO akan kalah di Titiwangsa?

KL Pos memberi gambaran yang UMNO akan kalah kepada PAS di kawasan Parlimen saya, Titiwangsa.

Wakil rakyat Umno di parlimen ini, dulunya gagal dan kemudiannya juga gagal dalam membangunkan satu-satunya perkampungan tradisional ini.

Apa yang mereka (umno) perjuangkan, tiada siapa yang tahu melainkan perjuangan untuk “mengisi” poket mereka.

Barangkali, Aziz Jamaluddin ini dikemukakan oleh Umno Titiwangsa untuk menjadi jambatan atau wakil para kapitalis masuk dan menguasai tanah komersial di Kg. Baru itu.

Khabarnya, Aziz bukanlah tersohor sangat di luar Kg. Baru. Malah, adalah dijangkakan, dia akan ditolak pengundi di Kg. Datuk Keramat dan Kg. Pandan. [Calon BN Titiwangsa dipilih untuk kuasai tanah Kg Baru? KL Pos Februari 25 2008]

Patutlah BN tak aktif langsung di Keramat! Cuma bilik gerakan UMNO saja yang ada bendera BN dan UMNO. Di luar bilik gerakan itu, semuanya PAS!

Comments are closed.


Terms of use | Privacy Policy | Content: Creative Commons | Site and Design © 2009 | Metroblogging ® and Metblogs ® are registered trademarks of Bode Media, Inc.